BOLA SEPAK
Messi masih terbaik di dunia, Mbappe bakal dominasi dunia, kata Herrera
ionel Messi kekal sebagai pemain terbaik dunia di kaca mata Ander Herrera dan pemain tengah itu menjangkakan Kylian Mbappe akan mendominasi bola sepak dunia dalam beberapa tahun akan datang.
Messi menamatkan kariernya selama 21 tahun bersama Barcelona berikutan kepincangan kewangan kelab Catalan itu sebelum memutuskan berpindah ke Parc des Princes secara percuma pada Ogos lalu.
Mbappe telah mengatasi pencapaian Messi setakat ini yang menyaksikan pemain antarabangsa Perancis itu meledak 15 gol -– satu jaringan dalam setiap 134 minit -– dan 12 bantuan gol sepanjang musim ini.
Iklan
Pemain antarabangsa Argentina itu bersatu semula dengan Neymar untuk membentuk barisan hadapan yang menggerunkan di samping Kylian Mbappe, malah Mauricio Pochettino turut membawa masuk Sergio Ramos, Achraf Hakimi, Gianluigi Donnarumma dan Georginio Wijnaldum.
Paris Saint-Germain (PSG) yang didorong oleh jentera serangan berbakat yang baru kini menguasai puncak Ligue 1 dengan 13 mata di sebalik Messi masih belum menemui rentak sebenarnya di Perancis.
Messi menyumbat 672 gol dalam 778 penampilan buat bekas kelabnya itu, tetapi dia hanya berupaya merekodkan enam jaringan bersama PSG -- purata satu gol dalam setiap 219 minit.
Bagaimanapun, Herrera percaya Messi masih selesa selaku pemain terbaik di dunia sambil menegaskan pasukan asuhan Pochettino itu sedang belajar menyesuaikan diri dengan penyerang tersebut, begitulah kualiti yang dimiliki pemain berusia 34 tahun berkenaan.
"Pemain setaraf Messi tidak memerlukan masa yang lama untuk penyesuaian diri," katanya kepada Mundo Deportivo.
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2021/12-december/25/messi.png)
“Dia akan beraksi dengan cara yang sama baik di Perancis, Sepanyol, Jepun mahupun Madagascar.
"Dia telah memenangi Ballon d'Or ketujuhnya dan ketika ini berlatih serta menikmatinya seolah-olah dia baru mula bermain. Tiada sesi latihan yang diambil ringan.
"Adakala kita telah melihat versi terbaik Leo kecuali ketika bertemu Manchester City di laman sendiri, tetapi saya fikir ia juga merupakan tanggungjawab semua pemain di sekelilingnya. Kami perlu meletakkan diri kami untuk membantunya mencapai perestasi terbaik. Kebiasaannya, pemain perlu menyesuaikan diri dalam konteks yang baru.
"Sekarang ia adalah sebaliknya kerana kita sedang bercakap tentang pemain bola sepak terbaik dalam sejarah."
Must-Watch Video