SERIE A
Mertens tolak tawaran Barca, Chelsea untuk kekal di Itali
Dries Mertens menegaskan dia tidak pernah bercadang meninggalkan Napoli walaupun terdapat tawaran untuk bersama Barcelona dan Chelsea.
Pemain kebangsaan Belgium itu mengharungi musim yang cemerlang dalam saingan Serie A apabila merakamkan 28 gol dan telah memperbaharui kontraknya bersama pasukan minggu lalu.
Mertens mendedahkan bahawa terdapat beberapa kelab gergasi Eropah yang menagih khidmatnya tetapi pemain berusia 30 tahun itu mengambil keputusan untuk terus bersama Partenopei.
Iklan
"Perbincangan mengenai kontrak saya ternyata akan berlaku, tiada sebarang tekanan yang berlaku," kata Mertens.
"Liga Perdana Inggeris merupakan satu saingan yang terbaik buat saya tetapi saya gembira bersama Napoli.
"Barcelona juga mahu mendapatkan khidmat saya tetapi saya tidak memiliki sebarang niat untuk meninggalkan kelab ini.
Mertens, yang menyertai Napoli daripada PSV pada 2013, hanya ketinggalan satu gol di belakang Edin Dzeko dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak bagi saingan musim ini.
"Saya agak kecewa kerana gagal mendapatkan gelaran tersebut. Musim hadapan, saya akan kekal sebagai penyerang."
Must-Watch Video