Mentari Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan sebuah projek perintis bersama Kuala Lumpur (KL) City yang menggunakan bola sepak sebagai terapi rekreasi untuk menyokong proses pemulihan individu yang sedang menghadapi cabaran kesihatan mental.
"Kami menggalakkan pesakit agar bersosial, bukan daripada segi bersama rakan sepasukan malah dalam bersama komuniti.
"Ini meningkat keyakinan diri mereka dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti berkomuniti," kata Pakar Psikiatri Mentari Selayang, Dr. Nurul Syeema Zulkafli.
Sementara itu, penolong jurulatih skuad Warga Kota, Wan Mustaffa Wan Ismail, menerapkan beberapa teknik hantaran dalam bola sepak sebagai terapi kepada pesakit untuk terus aktif biarpun berdepan tekanan.
"Ia perlu diberi perhatian.
"Zaman sekarang banyak tekanan dan kemurungan berlaku jadi salah satu terapinya adalah bola sepak," katanya pula.
Pengurus Besar KL City, Yakub Hussaini, berkata setiap pesakit ini akan diberi keistimewaan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di antara kelab Lembah Klang itu dan Kelantan The Real Warriors (KRW), Sabtu ini.
"Program ini agak luar biasa kerana melibatkan kesedaran mental sempena Bulan Kesihatan Mental.
"Ini satu terapi kepada pesakit mental," katanya.
Gear Up Sekarang

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang