Skip to main content

Bola Sepak

Menonton sambil menderma, solidariti Kelantan Darul Naim buat Palestin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2024-06-22-at-15-34-55.jpeg
Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya sehingga kini masih berasakan kesan yang mendalam apa yang menimpa saudara seagama di Palestin hasil daripada tindakan kejam zionis Israel yang langsung tidak berperi kemanusiaan.

Bertitik tolak daripada rasa kebertanggungjawaban tersebut jugalah membuatkan pihak pengurusan tertinggi pasukan Kelantan Darul Naim mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sebahagian hasil daripada penjualan tiket bagi aksi menentang pasukan PDRM yang bakal berlangsung 23 Jun ini dalam kancah Liga Super musim 2024/25.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, KDN FC memaklumkan bahawa sejumlah RM1 daripada setiap pembelian tiket oleh peminat dalam perlawmanan tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Palestin malam esok.

"Orang ramai yang membeli tiket boleh bersama menderma untuk rakyat Palestin selain memberi sokongan kepada pasukan," kata Presidenya Rozi Muhamad.

Jelasnya ia adalah sebahagian daripada penzahiran solidariti KDN FC terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dialami mereka ketika ini disebabkan peperangan yang masih berlaku di negara itu.

Beliau sambil berharap agar semua penyokong Sang Kijang Emas mampu menghadirkan diri beramai-ramai ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam esok untuk menderma sambil menyaksikan perlawanan tersebut.

Harga tiket bagi perlawanan Kelantan Darul Naim dan PDRM akan dijual pada harga RM10 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk astaka.

Kelantan Darul Naim ketika ini menghuni tangga ke-12 Liga Super iaitu satu tangga di belakang Kedah Darul Aman dengan masih memburu kemenangan sulung selain mencatatkan tiga kekalahan.
 

Advertisement

Must Watch Video