Pengendali Melaka United, Eduardo Almeida, menegaskan anak buahnya akan turun memburu mata penuh apabila berdepan UiTM FC dalam aksi Kumpulan C, Piala Malaysia sungguhpun hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan laluan ke suku akhir.
Selepas lima aksi peringkat kumpulan, Melaka kini di tangga kedua kumpulan dengan sembilan mata, tiga mata di belakang pendahulu, Kedah, dan tiga mata di depan Kelantan.
Almeida percaya barisan pemainnya sedar tanggungjawab mereka berdepan UiTM meskipun lawan adalah pasukan daripada Liga Perdana.
"Fokus utama kami adalah tiga mata bagi mengesahkan tempat dalam suku akhir," katanya.
Dalam masa sama, ketua pasukan Melaka, R. Surendran, percaya pasukannya mampu ke suku akhir serta mampu kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.
"Kami akan tetap memburu tiga mata walaupun dengan satu mata pun kami akan layak.
"Saingan nampak sukar tetapi kalau kami melaksanakan tugas dengan baik, kami akan mara jauh," katanya.