Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Melaka salur sumbangan Hari Raya kepada keluarga Azizan Baba, Zainal Rabin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka3.jpg
Tahun 2022, bola sepak Melaka kehilangan seorang legenda iaitu bekas pemain dan jurulatih bawah 14 tahun (B14), Azizan Baba. 

Allahyarham memulakan karier sebagai tonggak Piala Belia Melaka sebelum berhijrah ke Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, kemudiannya kembali menabur bakti di negeri kelahirannya.

Tahun lalu, bekas penjaga gol, Zainal Rabin, pula meninggal dunia selepas lama menderita barah (kanser) hidung. 




Sempena, menyambut hari perayaan Aidilfitri, Melaka melancarkan inisiatif untuk memberi sumbangan kepada keluarga kedua-dua arwah atas khidmat bakti yang pernah ditabur sebelum ini.

"Banyak jasa pemain ini yang pernah mengharumkan nama Melaka seketika dulu.

"Sebagai pemilik, saya berkongsi sumbangan baju raya serta saguhati kepada keluarga untuk persiapan Hari Raya," kata Datuk Nur Azmi Ahmad.

Advertisement

Must Watch Video