LIGA SUPER MSIA
Melaka mahu pulihkan semangat
Ketua jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic, menyifatkan keputusan seri dengan Penang di Stadium Bandaraya malam tadi sebagai tonik untuk memulihkan semangat anak buahnya.
Selepas tumbang kepada Petaling Jaya (PJ) City dalam perlawanan pembukaan hujung minggu lalu, Vidakovic bersikap optimis dengan perkembangan skuad Sang Kancil itu, apatah lagi sebelum ini berdepan kesuntukan masa untuk membentuk pasukan memandangkan baru dilantik 4 Februari lalu.
"Kami mencipta banyak peluang dalam separuh masa kedua.
Iklan
"Kami bermain dengan baik, menggerakkan bola dengan baik. Permainan kami tidak menentu dalam setiap babak tapi saya percaya ia adalah normal memandangkan kami baru tewas.
"Jadi tahap keyakinan pemain saya tidak begitu tinggi. Kami memerlukan satu kemenangan untuk memulihkannya.
"Saya rasa adalah sesuatu yang baik kami memperoleh keputusan ini selepas menempuh kekalahan Sabtu lalu.
"Kami bangkit daripada kekecewaan itu, lebih-lebih lagi bukan mudah apabila ketinggalan dalam babak pertama," katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.
Must-Watch Video