Skip to main content

Bola Sepak

Melaka kekal waspada ancaman skuad Penang -- K. Devan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka_1.jpg
Ketua jurulatih Melaka, K. Devan, mengingatkan pasukannya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Penang menjelang aksi minggu kedua saingan Liga Super 2025/26 esok.

Dia percaya, skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu pastinya mahu melakar kebangkitan terutamanya selepas tewas 0-3 kepada Terengganu di Stadium Bandaraya Ahad lalu.

Pengendali berusia 64 tahun itu turut menggesa anak buahnya memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi di laman sendiri dalam usaha memburu tiga mata sulung kempen Liga Super musim baru.

"Saya menghormati kemampuan Penang. Mereka memiliki keupayaan untuk menjadi pasukan yang kuat. Melaka adalah pasukan yang baru dibentuk daripada pemain tempatan dan import," katanya menerusi Nadi Arena. 

"Saya berharap pemain dapat segera serasi dan memahami corak permainan pasukan."

Sementara itu, pertahanan import, Ralphie Dabao mengakui teruja untuk melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Liga Malaysia bersama Melaka.

Untuk rekod, pemain kelahiran Filipina itu merupakan antara muka baru yang ditandatangani melaka musim ini selain, Florencio Badelic jr, Vitor Francisco, Patrick Gama, Anderson Brito serta Juan Douglas Teles da Silva.

 

Advertisement

Must Watch Video