Skip to main content

Bola Sepak

Media Sepanyol dedah Palmero bakal perkuat Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gabriel.jpg
Media Sepanyol, Unionistas de Salamanca, sebelum ini mendedahkan bahawa pemain pertahanan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, bakal dilepaskan kelabnya bagi memperkuatkan skuad kebangsaan.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal mengharungi dua perlawanan persahabatan pada September depan bertemu Singapura dan Palestin sebagai persiapan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2017 menentang Laos.






"Gabriel Palmero telah dipanggil ke skuad kebangsaan Malaysia bagi perlawanan menentang Singapura (4 September) dan Palestin (8 September) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Palmero akan memulakan perjalanan ke Malaysia untuk bersama Harimau Malaya beberapa jam selepas aksi pertama liga berdepan Osasuna Promesas yang akan menyaksikannya terlepas peluang beraksi menentang Club Deportivo Arenterio.

"Bek kiri kelahiran Pulau Canary itu dijangkakan akan diberi kepercayaan daripada ketua jurulatih, Oriol Riera untuk mempersiapkan diri untuk perlawanan liga ketiga menentang Club Deportivo Guadalajara," ujar media itu.

Begitupun, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Malaysia NT mengenai senarai penuh pemain yang akan membaca cabaran negara dalam dua perlawanan persahabatan itu nanti.

Untuk rekod, pemain Unionistas de Salamanca berusia 23 tahun itu telah membuat dua debut bersama skuad negara sebelum ini.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video