LIGA SUPER MSIA
Media Sepanyol dedah calon jurulatih baru JDT
Nekas pengurus Watford, Xisco Munoz, menjadi calon untuk mengemudi Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti yang didedahkan sebuah media Sepanyol, Relevo.
Munoz, yang merupakan sosok yang membawa Watford kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2021, juga berpengalaman luas dalam kancah di Eropah termasuk pernah melebarkan kariernya di Georgia, Cyprus dan Slovakia.
Malah, pengendali berusia 44 tahun itu yang berehat dalam tempoh setahun menjelaskan dia kini sudah bersedia untuk mengembara lebih jauh.
Iklan
"Saya juga gemarkan keberanian dan cabaran termasuk menonton bola sepak di negara lain," katanya kepada Relevo.
Bienvenido, Xisco Munoz to JDT! 🇪🇸@ASTROARENA pic.twitter.com/rRBdvrTSwE— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 9, 2025
Menurut laporan itu lagi, "Persetujuan semakin hampir untuk dicapai, boleh dikatakan dia selangkah lagi untuk menjadi jurulatih baru kelab Asia itu.
"JDT mahu Munoz mengetuai projek baru dan yakin mendapatkan khidmatnya tidak lama lagi."
Ketua jurulatih, Hector Bidoglio, dijangka akan melepaskan jawatannya di sebalik kejayaan 'triple quadruple' dalam usaha Harimau Selatan terus memantapkan skuad.
Must-Watch Video