Melaka menerima perkhabaran gembira menjelang pertemuan getir berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini apabila pertahanan import, Jasmin Mecinovic, hampir pasti diturunkan selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Kehadiran pertahanan dari Macedonia ini tiba tepat pada masanya selepas kubu Melaka cukup rapuh ketika tewas 5-3 kepada UiTM dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Sudah bersedia jika diturunkan, Mecinovic berharap mampu membantu bahagian pertahanan pasukan dalam menghadapi asakan serangan JDT.
Dia sebelum ini berehat selama dua bulan ekoran kecederaan ligamen lutut yang dialaminya ketika berdepan UiTM di Stadium Hang Jebat, 18 Julai lalu.
"Kecederaan ini tidak akan berulang lagi kerana ia tidak terlalu serius. Saya hanya terlepas tiga perlawanan.
"Saya menggunakan masa rehat dengan sebaik mungkin, jadi saya amat gembira dapat kembali memperkuatkan pasukan," ujarnya.
Mengenai JDT, Mecinovic optimis Melaka masih boleh mendapat sesuatu sebagai bekalan sebelum ke Larkin.
Ujarnya, setiap pasukan pasti ada kelemahan dan perkara itu perlu digunakan sepenuhnya oleh Melaka.
"JDT sebuah pasukan yang kuat dalam negara ini dan semua orang menyedari akan perkara ini. Mereka ada kualiti dan kelemahan dalam beberapa aspek, jadi penting untuk kami bersama jurulatih cuba untuk menggunakan kelemahan itu," tambahnya.