Bekas pengurus England, Steve McClaren, telah dilantik sebagai bos baru Queens Park Rangers (QPR).
QPR tidak mempunyai jurulatih selepas Ian Holloway meninggalkan pasukan awal bulan ini dan pelantikan bekas pemain Newcastle United itu disahkan hari ini apabila jurulatih berusia 57 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun di Loftus Road.
McClaren, yang berkhidmat sebagai jurulatih di QPR di bawah Harry Redknapp pada 2013, memberitahu laman web kelab itu: "Sangat hebat dapat kembali dan ia adalah satu cabaran yang mengujakan.
"Saya harus mengakui bahawa saya mengikuti dengan dekat kelab ini sejak lima tahun lalu kerana tiga bulan saya berada di sini."
Pengarah Bolasepak, Les Ferdinand, menambah: "Kami gembira dengan pelantikan ini, dan ketika bercakap dengan Steve, saya tahu betapa gembiranya dia berada di sini dan betapa bersungguhnya dia mahu mencari kejayaan."
McClaren sebelum ini mengendalikan Derby County dalam Liga Kejuaraan pada awal tahun lalu.