Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe tolak Arsenal sebelum sertai PSG

kylian-mbappe_1ku5v9mdqffsn1b7vv9pmzk80y.jpg
Pemain yang baru menyertai Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, mendedahkan bahawa dia hampir menyertai Arsenal sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Paris.

Mbappe merupakan sasaran utama Gunners yang gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas sekadar menamatkan saingan liga di tangga kelima pada musim lalu.

Bagaimanapun, Mbappe yang menjadi tonggak utama Monaco untuk menjuarai Ligue 1 musim 2016/17, mendedahkan dia lebih selesa untuk kekal di Perancis.

"Benar, saya ada bertemu dengan Arsene Wenger dan dia seorang pengurus yang hebat. Wenger memiliki reputasi yang baik di Perancis, dia dihormati dan tahu bagaimana untuk meningkatkan kualiti seseorang pemain.

"Ini memberi banyak pilihan buat saya tetapi sudah tentu PSG merupakan pilihan utama saya. Kami mempertimbangkan banyak perkara dan keluarga saya mahu saya yang membuat keputusan sendiri.

"Ia adalah keputusan jangka masa panjang, jadi saya memilih untuk ke PSG dan mengembangkan bakat saya," katanya.

Mbappe sebelum ini telah menimba sedikit pengalaman bola sepak Inggeris apabila hadir ke sesi percubaan bersama Chelsea.

"Ia satu pengalaman hebat. Chelsea merupakan sebuah kelab besar yang mahu saya lawat. Ia satu pengalaman berharga buat saya."

Advertisement

Must Watch Video