Skip to main content

Bola Sepak

Maybank Challenge Cup Malaysia: Sergio Aguero berbesar hati harumkan nama negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergio-aguero.jpg
Penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero, teruja mengharumkan nama negara berikutan terpilih untuk mewakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United dalam Maybank Challenge Cup Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei depan.

Sergio juga tidak kisah apabila kelibatnya dikaitkan dengan bekas penyerang Manchester City, Aguero, yang juga merupakan pemain kelahiran Argentina. 

Namun, Malaysia tetap istimewa di hati pemain serba boleh itu, apatah lagi bakal berentap dengan sebuah kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL). 

"Ini peluang sekali seumur hidup dan saya gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya. 

 

"Saya bangga berpeluang mengharumkan nama negara," katanya selepas membantu kemenangan 3-2 ke atas Penang, sekali gus menamatkan Liga Super musim ini di tangga keenam. 

Selain pemain naturalisasi negara itu, nama penjaga gol Perak, Haziq Nadzli, dan pertahanan Sabah, Dominic Tan, juga dalam perancangan skuad kendalian Kim Sang Sik tersebut. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video