LIGA SUPER MSIA
Masalah terbesar saya adalah bola sepak Malaysia -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan bagi melangsungkan perkembangan bola sepak Malaysia, individu-individu yang tepat berlandaskan sukan bola sepak amat diperlukan.
Menerusi sesi sola jawab TMJ bersama para penyokong, Tunku Ismail berkata, "Saya punya ‘biggest problem’ adalah bola sepak Malaysia. Kita perlukan orang yang lebih ‘energetic’, proaktif dan mempunyai 'strategic planning' untuk bola sepak tempatan.
"Bukannya orang yang tidak tahu apa-apa dalam bola sepak.
Iklan
"Bola sepak tidak selamanya indah. Oleh itu kita perlukan perancangan dan pembangunan yang betul.
"Saya dah bercakap hampir 12 tahun, tetapi masih tidak berubah. Masih lampu kuning, rumput ‘lembu’, tiada pusat latihan dan masalah gaji.
"Masalah besar bola sepak dalam negara adalah disebabkan cara pengurusan dan tidak ada orang yang minat pada bola sepak.
"Saya bagi kredit pada pasukan Kuching, PDRM dan Penang. Pasukan kecil, bajet tidak besar dan gaji tidak sangkut. Mereka guna sebaiknya apa yang mereka ada. Pasukan Selangor dan Terengganu juga ada membuat sedikit perubahan."
Must-Watch Video