LEEDS UNITED 1 ARSENAL 4
Mikel Arteta memuji peranan besar yang dimainkan Gabriel Martinelli ketika Arsenal membelasah Leeds United tetapi sedar masih ada lagi yang boleh ditawarkan penyerang itu.
Martinelli meletakkan The Gunners selesa di depan dengan dua gol dalam separuh masa pertama di Elland Road sebelum jaringan Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe -- di posisi Raphinha -- untuk memastikan kemenangan 4-1 buat pencabar dari London itu.
Ia menamatkan tiga kekalahan berturut-turut Arsenal di tempat lawan dan akan menuju Krismas dengan empat mata di hadapan West Ham untuk menguasai tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gol pembukaan Martinelli itu menyaksikan Arsenal kini mengumpul 7,000 gol dalam liga utama dan muncul pasukan ketiga yang mencapainya selepas Everton dan Liverpool.
Ini kali pertama pemain Brazil itu mencetak dua gol dalam sebuah perlawanan EPL menerusi penampilannya yang ke-39 sambil Saka dan Smith Rowe turut mencatat rekod tersendiri apabila 14 daripada 27 gol liga Arsenal pada musim ini telah disumbangkan oleh pemain berusia 21 tahun ke bawah.

Malah, buat julung kalinya mereka memiliki tiga pemain berumur 21 tahun atau lebih muda berbeza yang merakamkan gol dalam sebuah perlawanan liga.
Pada usia 20 tahun 183 hari, Martinelli muncul pemain termuda yang melakar gol berganda liga buat Arsenal sejak Alex Oxlade-Chamberlain melakukannya ketika menentang Crystal Palace pada 2014 (20 tahun 171 hari).
Sehubungan itu, Arteta menghamburkan pujian terhadap persembahan penyerang itu walaupun percaya banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh anak buahnya tersebut.
Ditanya oleh Sky Sports pendapatnya mengenai impak Martinelli, Arteta berkata: "Besar. Itulah sebabnya saya perlu mempersiapkan pemain.
"Saya tidak boleh memasukkan pemain apabila dia belum bersedia. Masih banyak lagi yang perlu dia perbaiki. Dia sangat merendah diri. Keghairahan besar dalam hidupnya adalah bola sepak."
Dalam temu bual dengan BBC Sport, Arteta menambah: "Itulah kemampuannya. Dia mencapai tahap kematangan. Dia sedia untuk belajar. Anda boleh melihatnya di atas padang."