Skip to main content

Bola Sepak

Martin Odegaard: Arsenal perlu bina momentum buru gelaran liga, UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_75370349.jpg
Martin Odegaard berkata Arsenal mesti memanfaatkan momentum mereka yang semakin meningkat ketika mereka menyasarkan gelaran berganda Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Kemenangan 5-0 Sabtu di Burnley bermakna The Gunners telah memulakan tahun kalendar dengan lima kemenangan liga berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Pasukan di tempat kedua kendalian Arteta itu berada dua mata di belakang pendahulu Liverpool dan kini mengalihkan perhatian mereka kepada aksi Eropah.
 

Arsenal akan berdepan Porto pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Rabu ini dan kapten pasukan, Odegaard percaya mereka mampu memburu kejuaraan berganda.

Ditanya sama ada mereka mempunyai skuad untuk bersaing dalam dua bahagian, pemain antarabangsa Norway itu berkata, “Itulah yang kami mahu lakukan, kami mahu bersaing dalam setiap pertandingan yang kami hadapi.

“Sudah tentu Liga Juara-Juara adalah perlawanan yang besar, jadi kami sentias teruja menghadapinya.

“Kami hanya mahu fokus pada diri kami setiap perlawanan, terus meningkatkan setiap perlawanan dan kami akan lihat bagaimana ia berlaku.

“Kami berada dalam prestasi yang baik sekarang. Kami perlu menggunakan momentum itu, terus membinanya dan kita akan lihat.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video