Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta, memberitahu tiada sebarang bidaan yang dilakukan oleh Barcelona untuk mendapatkan khidmat Paulo Dybala sekaligus menolak dakwaan ingin menjual penyerang tersebut.
Dybala telah dikaitkan dengan Barcelona dan terdapat spekulasi penghijrahan ke Nou Camp sebelum jendela perpindan ditutup, selepas pemain kebangsaan itu dilaporkan bakal menggantikan tempat Neymar.
Pemain berusia 23 tahun itu kekal bersama Juve serta tidak menolak kemungkinan bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Lionel Messi.
Dybala berdepan Messi dan tewas 3-0 kepada Barca dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
"Kami tidak menerima sebarang tawaran daripada Barcelona untuk mendapatkan Dybala, kami juga tidak memiliki rancangan untuk menjualnya," kata Marotta.
"Menyarung jersi nombor 10, dia adalah seorang pemain yang penting buat Juve," tambahnya.
Dybala menandatangani kontrak baru selama lima tahun pada April lalu, yang memastikan dia kekal bersama gergasi Serie A itu sehingga 2022.
Sejak itu, Dybala telah menjaringkan tujuh gol dalam semua kejohanan musim ini, termasuk lima gol dalam tiga perlawanan.