Skip to main content

Bola Sepak

Mariano akan terlepas aksi lawan Villarreal

mariano.jpg
Nasib malang Mariano Diaz berterusan selepas Real Madrid mengesahkan pemain itu mengalami kecederaan belakang.

Penyerang itu kembali ke Madrid, Ogos lalu, selepas dipinjamkan ke Lyon selama setahun.

Dia dikhabarkan bakal menggantikan tempat Cristiano Ronaldo yang menyertai Juventus, awal musim ini.
 
Sejak itu, Mariano telah melakukan lima penampilan dalam LaLiga dan hanya sekali diturunkan dalam kesebelasan utama.

Kecederaan ibarat badi yang mengejarnya musim ini.

Dia mengalami dua kecederaan paha yang memaksanya direhatkan pada dua minggu pertama November dan sebahagian besar aksi bulan lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu dijangka kembali memperkuatkan Madrid selepas waktu rehat pertengahan musim, namun pasukan itu mengumumkan Mariano mengalami "kerengsaan saraf sciatic" pada belakang badannya, semalam.

Madrid tidak mendedahkan berapa lama waktu yang diperlukan Mariano untuk kembali cergas, namun dia tidak akan menyertai kunjungan pasukan itu ke Villarreal, Khamis ini.

Advertisement

Must Watch Video