EPL
Maresca jadi saksi persembahan terburuk Chelsea
BIGHTON 3 CHELSEA 0
Enzo Maresca menyelar persembahan Chelsea dalam kekalahan 0-3 kepada Brighton awal pagi tadi sambil melabelkannya sebagai prestasi terburuk sejak pengurus itu tiba di Stamford Bridge tahun lalu.
The Blues kecundang di Stadium Amex menerusi sentuhan menakjubkan Kaoru Mitoma selain dua gol daripada Yankuba Minteh.
Iklan
Dengan Chelsea mengesahkan sbelum sepak mula bahawa penyerang, Nicolas Jackson, bakal tersisih selama enam minggu akibat kecederaan hamstring, anak buahnya nyata bergelut.
“Mungkin sejak saya tiba, ini adalah satu persembahan terburuk terutama pada detik ini,” katanya kepada BBC Sport.
“Kami berada di tangga keempat liga dan dengan menang malam ini membolehkan kami hanya kurang satu mata dari tangga ketiga dan menjadikan jurang dengan kelab lain lebih besar. Prestasi bukanlah satu yang anda mahu tawarkan, jadi kami sangat kecewa dan kesal termasuk penyokong yang berada di sini.
“Selama setengah jam saya fikir kami dapat menguasai permainan tetapi selepas jaringan Kaoru Mitoma, kami kelihatan boleh melepaskan peluang dengan mudah malah kami bergelut untuk mencipta peluang.
“Faktor kecederaan terutama penyerang mendesak kami agar mencari penyelesaian.
Georgi is all of us right now! 😆 pic.twitter.com/cvnxqzTbhV— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) February 14, 2025
"Sukar apabila kami tidak mempunyai nombor sembilan yang tulen. Jadi kami perlu sentiasa mencari penyelesaian yang berbeza. Kami bergelut melakukan sesuatu di peringkat sepertiga akhir, namun seminggu dua lalu kami bermain dengan baik."
Must-Watch Video