CHELSEA 2 BRENTFORD 1

Enzo Maresca terus bersikap dingin terhadap aspirasi mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun Chelsea kini dua mata menghambat pendahulu, Liverpool.


Kemenangan 2-1 ke atas Brentford di Stamford Bridge pada awal pagi tadi menyaksikan The Blues mengurangkan jurang itu sementara Liverpool hanya mampu seri dengan Fulham, sehari sebelumnya.

Jaringan Marc Cucurella -- yang dibuang padang selepas permainan berakhir -- dan Nicolas Jackson menyempurnakan tugasan itu, namun mereka terpaksa bertahan selepas Bryan Mbeumo menyambar satu gol buat Brentford di penghujung perlawanan.

Maresca menegaskan anak buahnya masih belum bersedia untuk perebutan kejuaraan dan walaupun mencetak kemenangan liga kelima berturut-turut, dia percaya masih ada masalah pemain yang perlu diselesaikannya sebelum mereka boleh menggelarkan diri mereka sebagai pencabar dengan gol lewat Brentford menjadi contoh terbaik.





β€œIa bukan tentang berapa banyak perlawanan yang kami menangi, ia tentang bersikap realistik,” katanya kepada BBC Sport.

"Ada perkara yang perlu kami lakukan dengan lebih baik lagi. Jika anda melihat gol yang kami bolos, ia adalah satu lontaran ke dalam kepada kami pada minit ke-90.

"Pasukan yang mencabar gelaran perlu menggunakan bola dengan cara yang betul."