Pemain pertahanan Manchester City, Manuel Akanji, berkata bahawa musim The Blues masih belum boleh dianggap gagal, sungguhpun dia mengakui bahawa harapan untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) hampir mustahil.

City hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Everton di Etihad Stadium, awal pagi tadi apabila gol pembukaan Bernardo Silva, dipadamkan oleh Iliman Ndiaye.

Erling Haaland berpeluang mengembalikan kelebihan buat City menerusi sepakan penalti dalam separuh masa kedua tetapi percubaannya diselamatkan oleh Jordan Pickford.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu Kini, hanya mencetak satu kemenangan dalam 13 perlawanan terakhir.

Selain itu, City telah terccir 12 mata -- jumlah yang sudah melebihi keseluruhan mata yang mereka lepaskan sepanjang musim lalu (10).

Walaupun cabaran untuk mengekalkan gelaran liga semakin sukar, mereka masih percaya bahawa musim ini boleh dipulihkan dengan fokus kepada kejohanan lain yang masih terbuka untuk dimenangi.

Manchester City kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, sebelum pertemuan The Reds menentang Leicester City pada 'Boxing Day'.

Namun, dia menegaskan bahawa pasukan kendalian Guardiola itu masih mempunyai sasaran lain untuk diburu musim ini.

"Musim ini belum berakhir, tetapi liga bukan lagi sasaran utama kami buat masa ini.


"Kami perlu fokus dalam setiap perlawanan dan perlawanan seterusnya menentang Leicester juga tidak akan mudah, terutama dalam keadaan pasukan kami sekarang.

"Kami melakukan banyak perkara yang baik. Kami bertahan dengan baik dan menyerang dengan baik tetapi kami tidak berjaya menyudahkan peluang seperti yang kami inginkan.

"Kalau tidak, kami mungkin sudah menjaringkan tiga atau empat gol."