Skip to main content

Bola Sepak

Maniam: Kekalahan di Larkin 'kejut' Selangor

maniam.jpg
Kekalahan 1-3 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 baru-baru ini dianggap sebagai satu 'keperluan' oleh jurulatih Selangor, P. Maniam, bagi menghadapi saingan suku akhir menentang Kedah, Jumaat ini. 

Selangor perlu berdepan skuad kendalian Nidzam Adhza Yusoff di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017 dan bagi Maniam, tewas di tangan JDT memainkan peranan dalam menaikkan motivasi pemain untuk memastikan prestasi lebih baik dalam perlawanan berikutnya.

Dia tidak bimbang terhadap keputusan itu, sebaliknya yakin situasi itu mampu membuatkan Red Giant lebih bersedia untuk menentang juara bertahan itu.

"Pemain-pemain Selangor perlu bangkit selepas tewas di tangan JDT. Mereka perlu percaya pada diri dan berbekalkan pemain-pemain senior seperti Amri Yahyah dan Razman Roslan, saya percaya mereka
mampu melakukannya," kata Maniam.

Maniam juga tidak berhadapan sebarang masalah untuk menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha untuk memastikan Selangor tidak dibolosi pihak lawan di laman sendiri, sambil menyifatkan kemenangan sebagai objektif utama.

"Sudah tentu pasukan Kedah memiliki pemain yang berkemahiran tinggi, jadi kami perlu bertahan sebaik-baiknya. Matlamat kami adalah tidak dibolosi," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video