Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United tolak Liga Super Eropah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manchester-united.jpg
Manchester United berikrar melunaskan komitmen mereka dalam pertandingan anjuran Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan keputusan mahkamah yang nampaknya membuka pintu kepada usaha menghidupkan semula menubuhkan Liga Super Eropah.

Kelab-kelab yang menyokong Liga Super Eropah mengisytiharkan kemenangan mereka selepas mahkamah mendapati peraturan yang memerlukan kebenaran UEFA terlebih dahulu untuk sebarang pertandingan baru adalah bertentangan dengan undang-undang EU.

Bagaimanapun, United -- yang merupakan salah satu daripada 12 kelab yang cuba mengasaskan kontroversi Liga Super pada 2021 sebelum menarik diri ekoran bantahan peminat -- berkata mereka komited dengan pertandingan sedia ada.



"Kedudukan kami tidak berubah," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

"Kami tetap komited sepenuhnya untuk menyertai pertandingan anjuran UEFA melalui kerjasama positif dengan UEFA, EPL dan rakan-rakan kelab yang lain melalui pembangunan berterusan dalam kancah Eropah."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video