Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United bakal simpan pemain utama?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim-new.jpg
Ketua jurulatih, Ruben Amorim, menyatakan dia bakal menggunakan khidmat pemain muda bagi aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi mengutamakan aksi yang mendatang.

Kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir Liga Europa (UEL) membuka satu langkah penuh risiko daripada Amorim, usai kemenangan 5-4 ke atas Lyon di Old Trafford, dia menyatakan bakal menggunakan khidmat pemain muda bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tidak lagi memberikan makna buat The Red Devils.

Mereka kini menghuni tangga ke-14, dengan aspirasi untuk mengejar kelompok atas kian pudar, kehadiran pemain muda bakal digunakan sebagai pelengkap saingan sementara memastikan kelab kekal dalam saingan utama England itu.

“Kami perlu mengambil risiko dengan menggunakan khidmat pemain muda dalam saingan EPL… Kami perlu fokus kepada Liga Europa”.

Menjuarai Liga Europa menjadi satu-satunya peluang menyelamatkan musim United dan beraksi di pentas Eropah musim hadapan. 

Selepas tamat saingan musim 2024-25, United akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bertemu ASEAN All-Stars bulan hadapan.

Advertisement

Must Watch Video