Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian -- Amorim bakal angkat kaki?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, berkata dia melihat lebih banyak masalah daripada penyelesaian dalam pasukan itu berdasarkan prestasi mereka sejak akhir-akhir ini.

The Red Devils akan bertemu bekas pengendali mereka, David Moyes, apabila bertandang ke laman Everton hujung minggu ini, di mana mereka berada satu kedudukan di bawah The Tofees di kedudukan ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir.

Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini (empat kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan) dan bekas jurulatih Sporting CP itu mengakui tugasnya "amat sukar" selepas tewas 0-1 di tangan Tottenham minggu lalu.

Pengurus berbangsa Portugis itu juga sentiasa mengulangi pendiriannya untuk tidak mengubah sistem 3-4-3 walaupun United jelas bergelut dengan sistem itu dan dia juga mengakui peningkatan yang ditunjukkan pemainnya amat jarang kelihatan.

"Apa yang saya rasa, adakalanya saya tidak dapat rasa peningkatan dalam pasukan ini tetapi dalam beberapa perlawanan, anda dapat lihat kami boleh bermain dan mencipta situasi," katanya kepada BBC.

"Buat ketika ini, apabila anda melihat permainan kami, anda akan nampak lebih banyak masalah daripada penyelesaian.

"Ia amat jelas. Apabila kami bermain dalam beberapa perlawanan, saya dapat lihat mereka boleh melakukannya dan kami ada kemampuan tetapi kami perlu konsisten."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video