Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City Juara: Lima perlawanan penentuan kejuaraan The Cityzens

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manchester-city-celebrate_271759358.jpg
Manchester City meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ketiga berturut-turut dan yang kelima dalam enam musim.

Mari lihat semula beberapa perlawanan utama yang menentunkan kejuaraan mereka.

2 Oktober: Man City 6 Man Utd 3

City tidak menemui rentak sebenar atau konsistensi sehingga musim bunga namun berjaya menghadirkan kualiti daripada sentuhan jaringan menerusi Erling Haaland. Kejayaan mereka membelasah United adalah sangat manis. Haaland berjaya mencipta hatrik, tiga gol yang dihasilkan dalam satu perlawanan buat kali ketiga manakala Phil Foden juga menjaringkan tiga gol.

19 Januari: Man City 4 Tottenham 2

Pep Guardiola melepaskan kemarahan kepada pasukannya selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama untuk mengatasi Spurs dengan jaringan yang dihasilkan oleh Julian Alvarez, Haaland dan Riyad Mahrez (dua). 

15 Februari: Arsenal 1 Man City 3

Penangguhan aksi menyaksikan dua pencabar takhta liga terpaksa diketepikan sehingga Februari dan City seperti biasa berjaya menghadirkan bisa. Jaringan pembukaan Kevin De Bruyne dinafikan oleh sepakan penalti Bukayo Saka sebelum City meningkatkan tempo dalam separuh masa kedua dengan berjaya menghasilkan jaringan menerusi Jack Grealish dan Haaland. Kemenangan itu membenarkan City memintas The Gunners di puncak liga, namun hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

1 April: Man City 4 Liverpool 1

Di sebalik kemenangan ke atas Arsenal, City bergelut untuk mencari aksi yang konsisten. Mereka kembali mula menemuhi rentak apabila bertemu Liverpool, pencabar terdekat mereka sejak beberapa musim lalu. Mohamed Salah meletakkan The Reds di hadapan sebelum City membalas, tanpa kehadiran Haaland yang diketepikan ekoran kecederaan, kekal cemerlang apabila Alvarez, De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Grealish memastikan kemenangan.

26 April: Man City 4 Arsenal 1

City dalam kelas tersendiri apabila membenam the Gunners bagi memastikan mereka di landasan terbaik untuk bergelar juara. Beberapa minggu sebelumnya, Arsenal dalam kawalan untuk menentukan nasib mereka namun kelebihan itu dileburkan apabila tiga keputusan seri berturut-turut sebelum berkunjung ke Stadium Etihad. Momentum memihak tuan rumah, persembahan cemerlang Haaland dan De Bruyne mewarnai kemenangan mereka.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video