Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City Juara: 10 gelaran utama dimenangi Pep Guardiola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pep-guardiola-has-won-another-premier-league-trophy_270271255.jpg
Pep Guardiola telah memenangi 10 gelaran utama bersama Manchester City selepas memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang kelima dalam enam musim.

2017-18: Kejuaraan berganda -- Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga

Selepas tanpa sebarang gelaran pada musim pertama, Guardiola memenangi trofi pertama di City dengan kemenangan 3-0 ke atas Arsenal dalam aksi final Piala Carabao. Mereka kemudian menjuarai liga dengan penuh bergaya dengan merekodkan 100 mata.

2018-19: Treble domestik

City mengetepikan Liverpool dengan 98 mata kepada 97 dalam perlumbaan kejuaraan yang mendebarkan. Mereka sekali lagi memenangi Piala Carabao dengan menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti dan membelasah Watford 6-0 dalam perlawanan akhir Piala FA untuk menjadi pasukan pertama memenangi treble domestik.

2019-20: Piala Liga

City gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas Liverpool muncul pemenang dalam musim yang dihimpit dengan pandemik COVID-19 namun mereka tidak menamatkan musim dengan tangan kosong apabila memenangi aksi final Piala Carabao 2-1 ke atas Aston Villa.

2020-21: Kejuaraan berganda -- Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga

Skuad bimbingan Guardiola cemerlang menempuhi satu lagi musim yang dilanda koronavirus untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dengan baki tiga perlawanan selepas kemenangan 15 perlawanan antara Disember dan Mac. Mereka menewaskan Tottenham untuk meraih Piala Carabao keempat berturut-turut namun hampir gagal menjulang gelaran Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Chelsea dalam aksi final.

2021-22: Liga Perdana Inggeris

City memulakan memburu tiga trofi pada bulan April. Harapan Liga Juara-Juara dan Piala FA mereka kedua-duanya berakhir pada peringkat separuh akhir dengan kekalahan kepada Real Madrid dan Liverpool masing-masing namun mereka mengatasi The Reds dalam aksi terakhir liga dengan berkelebihan satu mata selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Aston Villa.

2022-23: Liga Perdana Inggeris

Didorong oleh eksploitasi Erling Haaland yang bertindak sebagai mesin gol pasukan, City mempamerkan prestasi cemerlang mengetepikan pendahulu, Arsenal dan meraih gelaran kelima dalam tempoh enam tahun. Perjalanan mereka belum tamat selepas berjaya melangkah ke final Piala FA bertemu Manchester United dan Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video