EPL
Man United atasi Rangers, Leny Yoro beri ilham terbaru
Juara Piala FA, Manchester United, mengutip kemenangan pertama dalam perlawanan persahabatan pra musim bertemu Rangers di Stadium Murrayfield, Edinburgh, malam tadi.
Pemain kebangsaan Ivory Coast, Amad Diallo, terlebih dahulu membuka jaringan selepas menerima hantaran daripada bekas pemain Chelsea, Mason Mount, sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Rangers.
Anak-anak buah Erik ten Hag menggandakan kelebihan menerusi pemain akademi, Joe Hugill, untuk mendahului selesa 2-0 pada minit ke-70 sekali gus melupakan kekalahan lalu ketika berdepan Rosenborg pada Selasa.
Iklan
Dalam aksi tersebut, pemain terbaru, Leny Yoro, mencuri tumpuan apabila mempamerkan persembahan memukau memastikan barisan pertahanan The Red Devils kekal kebal demi mengelakkan sebarang gol bolos berlaku.A good afternoon's work in Scotland ✅#MUFC pic.twitter.com/5PYVrycQVI— Manchester United (@ManUtd) July 20, 2024
— Manchester United (@ManUtd) July 20, 2024
Must-Watch Video