Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia umpama 'gergasi sedang tidur' -- CEO Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rob-friend-new.jpg
Demikian penegasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, yang melihat potensi skuad negara yang memiliki barisan pemain berkualiti yang mampu menggoncang dunia. 

Bagaimanapun, usaha tersebut akan mengambil masa dan dia akan fokus daripada peringkat pembangunan akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perjumpaan Friend bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, turut menemui titik sepakat apabila kedua-duanya memiliki misi sama untuk meletakkan Harimau Malaya kembali gah bukan sahaja di pentas Asia, malah di peringkat dunia. 

Malaysia kini menghuni ranking ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Must Watch Video