'Kota rom tidak dibina dalam masa sehari', Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, mahu penyokong tanahair bersikap realistik terhadap hasil revolusi skuad kebangsaan.
Mengakui projek berkenaan tetap perlukan masa, dia juga menegaskan tiada keperluan buat anak buah Peter Cklamovski bertemu Argentina ketika ini.
"Realitinya, anda tidak boleh perubahan dalam masa terdekat. Berbeza kelab bola sepak, anda boleh membeli pemain dan melakukan perubahan," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Saya bukan datang untuk menggembirakan penyokong, Saya bukan datang untuk memberikan hasil dalam tempoh enam bulan. Hasil usaha saya akan dapat dilihat jangka masa panjang.
"Kita perlu bersifat realistik, Malaysia bukanlah Indonesia. Populasi mereka jauh lebih besar berbanding Malaysia dan orang Indonesia berada di serata dunia.
Ditanya mengenai peluang aksi persahabatan dengan gergasi dunia, Rob berkata, "Persekutuan bola sepak negara besar mahukan wang yang besar untuk perlawanan seperti ini. Kita perlu kembali kepada objektif utama pasukan. Kami mahu memperbaiki kedudukan ranking FIFA. Malaysia perlu strategik dalam memilih pasukan lawan.
"Bertemu pasukan seperti Argentina dan tewas bukanlah satu strategi yang tepat.
"Sejujurnya, saya juga mahu menyaksikan Malaysia bertemu pasukan ternama, mereka membawa bintang hadir ke perlawanan ini namun landskap kini sudah bertukar dengan jadual perlawanan lebih padat jadi kami perlu kembali melihat apa keperluan dan sasaran utama pasukan."

Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, CEO Harimau Malaya Rob Friend akui projek Harimau Malaya bukan konsep ‘mee segera’, perlukan masa untuk tuai hasil. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/Fi3J6pA3U7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 15, 2025