EPL
Mainoo, Garnacho masih dalam perancangan Manchester United -- Amorim
Ruben Amorim menegaskan Manchester United akan berusaha untuk mengekalkan pemain terbaik selepas produk akademi, Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho, dikaitkan dengan perpindahan.
Awal minggu ini, laporan mengaitkan United mungkin terpaksa menjual pemain demi mematuhi peraturan keuntungan dan kemampanan kewangan yang ditetapkan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mainoo dan Garnacho merupakan dua tonggak yang digembar-gemburkan berkemungkinan dilepaskan, sekali gus membolehkan United menikmati keuntungan penuh dalam perpindahan itu.
Iklan
Mainoo mempunyai kontrak hingga 2027 sementara Garnacho terikat hingga 2028 dan pada September lalu, bekas pengurus, Erik ten Hag, mendedahkan rundingan melanjutkan perjanjian mereka akan bermula.
Chelsea segera dikaitkan sedia berbelanja besar terhadap Mainoo, sementara Garnacho dicadangkan untuk menyertai semula Atletico Madrid –- yang ditinggalkannya ketika berusia 16 tahun dalam usaha menyertai sistem remaja United.
Bercakap dalam sidang akhbar menjelang perlawanan Piala FA menentang Arsenal malam esok, Amorim berkata: "Kami perlu menambah baik pengambilan pemain supaya apabila kami menyasarkan pemain, kami pastikan mereka mampu menampung tuntutan.
"Selain itu, kami perlu meningkatkan akademi. Anak-anak muda yang mempunyai jati diri dan berurus niaga untuk menjana pendapatan bagi melabur ke dalam pasukan.
— Manchester United (@ManUtd) January 7, 2025
“Idea kami adalah sentiasa untuk mengekalkan pemain terbaik dan membina kelab ini, namun saya sangat gembira dan menyukai barisan pemain yang ada terutama pemain daripada akademi.
"Saya sangat menyayangi pemain saya. Saya mahu mengekalkan mereka, lebih-lebih lagi yang berbakat.
"Ini adalah saat yang sukar dan saya sangat gembira dengan Kobbie.
"Dia semakin meningkat."
Must-Watch Video