Skip to main content

Bola Sepak

Mahkamah Zagreb gugur dakwaan keterangan palsu Lovren

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dejan-lovren.jpg
Mahkamah Croatia menggugurkan dakwaan memberikan keterangan palsu yang dikenakan ke atas pertahanan Liverpool, Dejan Lovren.

Pertahanan tengah Croatia itu dituduh memberikan keterangan palsu sewaktu perbicaraan kes berkaitan bekas pengarah Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic, pada September 2017, namun mahkamah Zagreb menggugurkan pertuduhan itu semalam. 

Mamic dijatuhkan hukuman penjara enam setengah tahun disebabkan tuduhan rasuah pada Jun lalu, dengan keputusan mahkamah turut mendapati dia memperoleh keuntungan haram daripada proses perpindahan pemain.

Lovren menegaskan dia tidak bersalah sepanjang pertuduhan kes itu berlangsung dengan mengeluarkan kenyataan penafian dalam laman media sosial miliknya.

"Saya ingin menyatakan kepada semua, terutama kepada keluarga saya, rakan-rakan, penyokong di tanah air dan peminat Liverpool di England bahawa saya tidak bersalah," tulis Lovren dalam laman Instagram.

"Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Saya berbangga dengan kehidupan saya, setiap langkah dalam hidup saya dan semua yang dilakukan untuk keluarga saya.

"Tiada siapa yang boleh mencemarkan perkara itu."

Pemain tengah Real Madrid dan pemenang Ballon d'Or, Luka Modric, turut didakwa melakukan kesalahan sama, namun pertuduhan ke atasnya itu digugurkan bulan lalu.

Advertisement

Must Watch Video