Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Magrao waspada ancaman UiTM

magrao18917.jpg
Kuala Lumpur bimbang dengan keupayaan UiTM menjelang aksi kedua-dua pasukan esok kerana lawan dilihat mampu menghancurkan peluang skuad warga kota untuk terus kekal di persada liga sehingga penghujung musim ini.

Walaupun UiTM sudah terkeluar daripada perebutan slot ke Liga Super, pengendali Kuala Lumpur, Fabio Magrao, masih runsing akan peluang pasukannya untuk meraih tiga mata penting.

Dia menyedari sebarang kekalahan atau keputusan seri boleh menjejaskan peluang pasukannya ketika tiga lagi pasukan, Terengganu, Negeri Sembilan dan PKNP sedang menghambat kedudukan Kuala Lumpur.

Tambahan kejayaan lawan berjaya mencipta kejutan ke atas Melaka 5-3 dalam saingan Piala Malaysia, membuatkan Magrao mahu pemainnya memberikan aksi terbaik dalam perlawanan di Stadium UiTM itu.

"Saya mengetahui gaya permainan mereka. Mereka semakin mencari keserasian di atas padang dan semakin mempamerkan aksi yang cemerlang. Saya sangat menghormati lawan kami," katanya.

Selain itu, Magrao turut berkongsi resipi kejayaannya musim ini walaupun tiba sedikit lewat, iaitu pada bulan Mac untuk menggantikan Wanderlei Junior.

"Terdapat beberapa jurulatih yang berkualiti dari Eropah berkelana ke Asia dan Timur Tengah, namun gagal memberikan impak.

"Prinsip saya adalah untuk memahami gaya permainan negara ini dan menghormati budaya di sini. Daripada situ, saya akan cuba berusaha untuk memberikan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video