Pemain tengah Real Madrid, Marcos Llorente, berkemungkinan direhatkan sekurang-kurangnya tiga minggu selepas mengalami kecederan otot pada pangkal paha kirinya.
Perkara itu disahkan pasukan itu, malam tadi.
Llorente semakin menyerlah menjelang penghujung musim lalu dengan disenaraikan sebagai kesebelasan utama Madrid dalam tiga perlawanan terakhir liga.
Dia juga merupakan tonggak utama pasukan itu ketika menjuarai Piala Dunia Kelab, bulan lalu.
Namun, perkembangan pemain berusia 23 tahun itu terbantut ekoran kecederaan otot yang dialaminya ketika waktu rehat pertengahan musim ini.
Madrid mengesahkan kecederaan itu merupakan kecederaan "tahap dua" yang bermaksud Llorente berkemungkinan akan direhatkan selama tiga hingga enam minggu.
Ia bermaksud dia berkemungkinan terlepas aksi menentang Villarreal, Real Sociedad, Leganes, Real Betis dan Sevilla.
Namun, jika kecederaan itu berpanjangan selama enam bulan, dia akan turut terlepas perlawanan menentang Espanyol, Deportivo Alaves dan Atletico Madrid.