Skip to main content

Bola Sepak

Macam mana nak bersara kalau belum jumpa pengganti -- Ibrahimovic

ibrahimovic.jpg
Zlatan Ibrahimovic berkata dia hanya akan mempertimbangkan untuk bersara apabila ada seseorang yang lebih baik untuk menggantikannya.

Pemain berusia 40 tahun itu kembali menggegar kancah Eropah apabila menyertai semula Milan daripada LA Galaxy pada Januari 2020 dan sejak itu meledak 33 gol dalam 55 penampilan Serie A. 

Bagaimanapun, 20 daripada jaringan itu dicapai pada 2020 sebelum Ibrahimovic berdepan isu kecergasan yang berlarutan. 

Pemain antarabangsa Sweden itu menjelaskan dia mahu bermain selama yang boleh dan hanya akan berhenti apabila ada pemain lain mampu mendahuluinya.

"Masa depan masih belum tertulis. Saya tidak merancang. Mari lihat apa yang berlaku," katanya kepada UEFA.com.

"Saya tidak mahu menyesal sepanjang hayat kerana bersara lebih awal sedangkan saya tahu masih mampu meneruskan aksi. 

"Saya mahu beraksi selagi boleh. Realitinya saya akan bermain hingga saya mendapati ada seseorang yang lebih baik daripada saya. Maka sebab itu hingga ini saya masih beraksi."

Sebelum sepak mula dengan Republik Czech semalam, dia juga berpesan kepada pemain muda di kem kebangsaannya agar terus menikmati permainan disampingnya selama masih berpeluang 



 

Advertisement

Must Watch Video