Skip to main content

Bola Sepak

Lupakan dulu soal kontrak, kata Baddrol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

baddrol.jpg
Fokus dahulu Piala Malaysia sebelum fikir mengenai kontrak, kata kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar, menjelang perlawanan menentang Pahang dalam pusingan pertama di Stadium Darul Aman malam esok.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dikhabarkan masih belum berbincang mengenai lanjutan kontrak pemain skuad Lang Merah itu yang rata-ratanya akan tamat pada hujung tahun ini.

Setakat ini, hanya ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, sudah melanjutkan kesepakatannya dengan pasukan itu selama dua tahun.

Mengulas mengenai perkara itu, Baddrol berkata kepada Nadi Arena: "Mengenai masa depan pemain Kedah tahun depan, saya dan rakan-rakan menyerahkan semua keputusan itu kepada pihak pengurusan.

"Saya juga mengharapkan keharmonian pasukan pada tahun ini dapat dikekalkan hingga ke tahun depan dan mengharapkan pertimbangan terbaik daripada pihak pengurusan," katanya.

Baddrol mengharapkan budi bicara pihak pengurusan pasukannya untuk menawarkan kontrak baru seandainya mereka dapat meraih keputusan  memberangsangkan dalam kempen berkenaan.

Ia akan menjadi bonus buat pemain Kedah setelah KFA melunaskan tunggakan gaji bagi bulan Julai pada 1 November lalu.

"Saya dan rakan-rakan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak atasan dan penaja baru kerana dapat menyelesaikan masalah kami.

"Kami menganggapnya sebagai satu motivasi dalam kempen Piala Malaysia ini," tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video