Luciano Spalletti mengesahkan dia akan meninggalkan juara Itali, Napoli dan tidak akan menjadi jurulatih musim depan.
"Saya perlu mengambil cuti setahun. Saya agak letih dan saya mahu bersama anak perempuan saya Matilde," kata Spalletti.
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, mendedahkan pada hari Ahad bahawa Spalletti meminta tempoh rehat selamat setahun.
Luciano Spalletti mengesahkan dia akan meninggalkan juara Itali, Napoli dan tidak akan menjadi jurulatih musim depan.
"Dia bebas membuat sebarang keputusan. Apabila seorang jurulatih yang berjaya menghadirkan kejayaan bersejarah kepada kelab meminta rehat selama setahun, apa yang kamu akan lakukan? Adakah kamu menghalangnya?" kata De Laurentiis.
"Anda perlu bermurah hati dalam hidup. Dia telah memberi banyak dan saya berterima kasih kepadanya. Sekarang adalah adil untuk dia melakukan apa yang dia mahu lakukan."
Dalam musim kedua di Napoli, Spalletti yang berusia 64 tahun membimbing pasukan itu untuk merangkul kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun. Mereka menang dengan berbaki lima perlawanan.
Spalletti menjadi jurulatih kedua dalam tiga tahun meninggalkan pasukan yang baru memenangi liga -- selepas Antonio Conte berpisah dengan Inter Milan selepas gelaran 2021.
Pengarah sukan Napoli, Cristiano Giuntoli, merombak skuad dengan menandatangani Khvicha Kvaratskhelia dan Kim Min-jae -- juga dilaporkan akan berhijrah dan berkemungkinan menyertai Juventus.
Gelaran Serie A adalah satu trofi besar yang hilang dalam karier Spalletti selepas sebelum ini menguruskan Roma dan Inter Milan serta memenangi liga Russia bersama Zenit St. Petersburg.
"Kadangkala anda meninggalkan seseorang yang anda sayangi," kata Spalletti.
"Bandar seperti Naples layak mendapat lebih daripada sesuatu yang biasa. Anda perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada masih lagi memiliki tenaga untuk memberikan yang terbaik. Dan memandangkan buat masa ini saya mahu melakukan perkara yang berbeza, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan."
Bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique dilaporkan sedang dipertimbangkan untuk menggantikan Spalletti, begitu juga dengan bekas jurulatih Napoli, Rafael Benitez.
Ammar Hakim
Tue May 30 2023