Skip to main content

Bola Sepak

Lopetegui puji persembahan Isco

isco-cropped_7c1yhrxn1m9w1flvtdtdx81rt.jpg
Jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, memuji persembahan Isco selepas pemain itu menampilkan aksi mantap dalam kemenangan 3-0 ke atas Itali dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Dua gol Isco dalam babak pertama dan Alvaro Morata mengesahkan kemenangan 3-0 di Santiago Bernabeu.

Meskipun Lopetegui lebih gemar untuk memuji persembahan keseluruhan pemain, dia tetap menjulang Isco selepas menyaksikan pemain Real Madrid itu menyumbat gol pertama menerusi sepakan percuma sebelum menewaskan Gianluigi Buffon di gawang buat kali kedua menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

"Seperti pemain lain, dia menampilkan aksi mantap. Dia berjaya memecah kebuntuan.

"Dia menghasilkan dua gol menakjubkan meskipun bermain di bawah tekanan. Kami bernasib baik dia bermain bersama kami.

"Dia seorang pemain berkelas dunia. Permainanannya meningkat saban hari," kata Lopetegui.

Terdahulu, penyerang berusia 35 tahun, David Villa, turut melontarkan pujian terhadap keberkesanan Isco.

Keputusan itu menyaksikan Sepanyol melakar kemenangan keenam selepas tujuh perlawanan, sekaligus menyaksikan mereka menerajui kumpulan dengan kelebihan tiga mata.

Lopetegui turut teruja dengan kemenangan itu tatkala mereka kini semakin menghampiri kemaraan ke Russia 2018.

"Pemain berkeyakinan tinggi dan bijak menyelesaikan saat sukar.

"Saya berpuas hati kerana perlawanan ini bukan mudah."

 

Advertisement

Must Watch Video