Skip to main content

Bola Sepak

Longhi puji karakter, semangat juang anak buah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fernando-marquez.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin selesa dengan kutipan mata penuh selepas menundukkan Terengganu 2-0 walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam babak kedua aksi Liga Super, malam tadi. 

Sebaik wisel permulaan ditiupkan, JDT tidak berlengah untuk membuktikan penguasaan mereka selaku pasukan tuan rumah.

Bermula dengan beberapa percubaan, jaringan pembukaan Harimau Selatan akhirnya dicetak Marcos Antonio menerusi tandukan selepas menerima sepakan sudut Fernando Gaston pada minit kelapan.

Bertitik tolak dari situ, JDT terus menguasai padang dan tambahan jaringan hadir pada minit ke-35 apabila Gonzalo Gabriel tenang memperdayakan pertahanan Terengganu.

Memasuki babak kedua, Sang Penyu cuba mencari ruang untuk merapatkan kedudukan.

Hasrat itu mencetuskan kekasaran daripada Aidil Zafuan Abdul Razak yang membawa kepada layangan kad merah pada minit ke-73.

Bagaimanapun, kekurangan JDT itu gagal membawa kepada aksi lebih agresif daripada Terengganu untuk mengurangkan defisit gol, sekali gus akur dengan kekalahan.

"Apa yang penting, kami menyumbat gol selain memiliki empat peluang terbuka untuk menambah bilangan jaringan. 

"Ketika kami kehilangan bola, saya berpuas hati dengan karakter dan semangat juang pasukan," kata jurulatih JDT, Raul Longhi. 

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, mengulas: "Dalam separuh masa kedua, saya mengarahkan anak buah saya menyekat Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera, Fernando Elizari dan Syamer Kutty. 

"Pemain memakai jersi nombor 18 (Fernando Marquez) pula tiada apa-apa (mengancam)."

Advertisement

Must Watch Video