Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool tolak tawaran RM877 juta demi kekalkan Mo Salah

2_73269172.jpg
Liverpool telah menolak tawaran GBP150 juta (RM877 juta) untuk melepaskan khidmat Mohamed Salah kepada kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ittihad.

Pemain antarabangsa Mesir itu telah menjadi subjek perbualan dari Timur Tengah dan agensi berita, PA difahamkan tawaran secara lisan telah dibuat semalam.

Bagaimanapun, kelab itu telah menolaknya begitu sahaja dan menganggap perbincangan itu telah ditamatkan kerana penyerang itu bukan untuk dijual.

 

Advertisement

Must Watch Video