Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool selangkah bergelar sang juara! Lakar kemenangan penuh dramatik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vvd.jpg
Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas Virgil van Dijk muncul wira dalam kemenangan 2-1 ke atas West Ham.

Perlawanan ini adalah seperti hari keraian buat Mohamed Salah, yang menandatangani kontrak dua tahun untuk kekal di Anfield dengan melakukan bantuan jaringan buat gol pembukaan Luis Diaz.

Hantaran silaag Aaron Wan-Bissaka memaksa Andy Robertson, melakukan jaringan sendiri empat minit sebelum tamat permainan, hanya untuk kapten Liverpool, Van Dijk menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut Alexis Mac Allister di penghujung permainan.

Kemenangan dramatik menyaksikan skuad kendalian Arne Slot hanya memerlukan enam mata daripada baki enam perlawanan untuk bergelar juara, manakala West Ham jatuh ke tangga ke-17 namun berkelebihan 14 mata ke atas Ipswich Town yang berada dalam zon penyingkiran.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video