LIVERPOOL 3 NEWCASTLE UNITED 1
Liverpool melakar sejarah selaku pasukan pertama merekodkan 2,000 kemenangan dalam liga divisyen utama England selepas menewaskan Newcastle United 3-1 di Anfield awal pagi tadi.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Jonjo Shelvey membuatkan penyokong tuan rumah tergamam apabila merobek gawang bekas kelabnya itu seawal minit ketujuh tetapi Diogo Jota kembali menyamakan kedudukan buat Liverpool -- memastikan pasukannya mencatatkan rekod jaringan dalam 32 perlawanan berturut-turut menerusi kesemua kejohanan.
Mohamed Salah kemudian meletakkan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu di depan berselang empat minit untuk penyerang itu menyamai rekod Jamie Vardy menghasilkan gol atau bantuan jaringan dalam 15 perlawanan EPL berturut-turut sebelum ledakan jarak jauh Trent Alexander-Arnold memastikan kemenangan buat The Reds.
Salah, dalam pada itu, telah terlibat menghasilkan 24 jaringan dalam saingan liga musim ini (15 gol dan sembilan bantuan jaringan) -- hanya bekas pemain Newcastle United, Alan Shearer, pernah mendaftarkan rekod lebih baik menjelang sambutan Krismas musim 1994-95 (16 gol dan sembilan bantuan jaringan).
The Reds kini telah memenangi 2,000 daripada 4,227 perlawanan liga divisyen utama (1,047 seri dan 1,180 kekalahan) dengan nisbah kemenangan sebanyak 47.3 peratus.
Mereka juga telah menjulang 19 kejuaraan liga dengan yang pertama dalam musim 1900-01 dan yang terbaru dalam musim 2019-20 -- yang pertama dalam era EPL.
Seterusnya, pasukan bimbingan Klopp itu, yang kini berkelebihan tiga mata di depan pasukan di tangga ketiga, Chelsea, akan bertandang ke laman Tottenham awal pagi Isnin ini.

? @MoSalah ? pic.twitter.com/9BmC1vkOb8
— Liverpool FC (@LFC) December 16, 2021