Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool boleh dikalahkan, tiga kejuaraan tidak mustahil, kata Alaba

davidalaba-cropped_554w3181rowi1tpystdwvcxu5.jpg
David Alaba berkata Bayern Munich mengimpikan untuk mengulangi kejayaan menjulang tiga trofi pada 2013 dan mereka mampu menundukkan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Skuad The Bavarians itu dilihat pulih daripada permulaan buruk di pentas Bundesliga dan kini menduduki tangga kedua di belakang Borussia Dortmund tatkala mereka mempersiapkan diri untuk berdepan Hoffenheim, 18 Januari ini.

Pasukan bimbingan Niko Kovac itu akan bertandang ke Anfield pada 19 Februari depan untuk menentang Liverpool bagi aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara dan pertahanan Austria, Alaba, menegaskan Bayern menyasarkan untuk meraih tiga trofi, termasuk Piala Jerman.

Alaba, 26, merupakan sebahagian daripada pasukan yang menjulang trofi Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara bagi musim 2012/13 dan dia menegaskan sasaran untuk mengulangi kejayaan itu bukan satu persoalan.

"Tiga kejuaraan adalah satu impian," katanya.

"Sudah tentu kami mahu mendapatkannya. Saya mahu berjaya bersama Bayern dan skuad kebangsaan," katanya lagi.

Liverpool mengalami kekalahan liga pertama musim ini apabila tunduk 2-1 di tangan Manchester City di Etihad, Khamis lalu, sambil Bayern kalah dalam tiga perlawanan Bundesliga bagi musim 2018/19.

Berdepan enam aksi sebelum pertemuan dengan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu, Alaba yakin dengan kemampuan pasukannya.

"Semua orang boleh ditewaskan dan banyak perkara yang tidak mustahil dalam bola sepak. Kami sering melihat perkara ini," tambah Alaba.

"Kini kami melalui persiapan yang bagus. Penting untuk kekal cergas bagi menampilkan persembahan terbaik."
 

Advertisement

Must Watch Video