Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool bermain seperti pasukan pertengahan liga, menanti musim berakhir -- Roy Keane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool.jpg
Legenda Manchester United, Roy Keane, menyelar persembahan Liverpool bertemu Fulham semalam.

The Reds yang mencari peluang untuk mendahului 14 mata di puncak Liga Perdana Inggeris susulan keputusan 1-1 Arsenal dengan Everton pada Sabtu.

Bagaimanapun, lawan dari London Barat itu bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk melakar kemenangan 3-2 di Craven Cottage. Kekalahan pertama Liverpool di tempat lawan musim ini.

Dan Keane tidak dapat menahan daripada mengkritik barisan pemain kendalian Arne Slot. Bekas pemain tengah itu memberitahu Sky Sports bahawa Liverpool seperti pasukan pertengahan liga menunggu penamat musim.

Bercakap pada separuh masa, Keane berkata, "Liverpool bermain seperti pasukan pertengahan liga menanti musim berakhir. Mereka tidak dapat menghidu ancaman lawan. Pertahanan Liverpool defensively, ya Tuhan."

The Reds akan mencari peluang untuk bangkit ketika bertemu West Ham United minggu hadapan.

Liverpool memerlukan 11 daripada 24 mata untuk menjamin kejuaraan musim ini.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video