Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool bermain dengan amat buruk, kata Klopp selepas tewas kepada Leicester

jurgen-klopp.jpg
Jurgen Klopp mengakui bahawa Liverpool tidak boleh merungut atas kekalahan kepada Leicester dan mengakui pemainnya beraksi di bawah tahap sebenar awal pagi tadi.

The Reds tewas 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Stadium King Power dan kekal ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Liverpool, yang tewas buat kali pertama sepanjang 28 perlawanan dalam kesemua kejohanan musim ini, perlu akur dengan kekalahan itu selepas Mohamed Salah mensia-siakan sepakan penalti dan Sadio Mane pula melepaskan peluang keemasan ketika kedudukan masih terikat 0-0.

Bekas pemain Everton, Ademola Lookman, kemudian menjaringkan gol kemenangan tuan rumah dalam babak kedua, hanya tiga minit selepas dimasukkan daripada bangku pemain simpanan, untuk Leicester merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Liverpool dalam saingan liga.

The Reds jelas merupakan pasukan yang lebih menguasai permainan tetapi Klopp mengakui mereka agak longgar di beberapa bahagian sehingga terpaksa menelan kekalahan dalam perlawanan terakhir tahun ini.



"Ia satu kemenangan yang selayaknya (buat Leicester)," kata Klopp kepada Amazon Prime.

"Ia perlawanan yang amat aneh. Kami tidak cukup bagus walaupun memiliki peluang yang mencukupi.

"Apa yang kami lakukan ketika memiliki bola tidak betul. Kami bermain dengan amat buruk, jadi ia memang selayaknya.

"Cara kami membuat keputusan (amat buruk), mungkin kami kehilangan sedikit tuah. Itulah keadaannya. Daripada itu, kami memaksanya, jadi tiada apa untuk diperkatakan.

"Keadaannya juga begitu -- Leicester beraksi dua hari lalu, jadi mereka selayaknya menang.

"Mereka hanya memiliki satu percubaan tepat. Mereka tidak memiliki banyak peluang. Kami sepatutnya bertahan dengan lebih baik. Kami kebiasannya dapat melakukan perkara itu. Amat sukar untuk menjelaskan mengapa kami tidak dapat melakukannya hari ini.

"Terdapat terlalu banyak persembahan di bawah tahap sebenar, tiada penjelasan untuk itu," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video