Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool bangkit hidupkan peluang rangkul gelaran liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joel-matip_1rqrib9hkfeku1ae81hhudymqs.jpg
Joel Matip memastikan perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) diheret ke perlawanan terakhir selepas Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di Southampton.

The Reds melakukan sembilan pertukuaran daripada kemenangan aksi final Piala FA ke atas Chelsea yang ketinggalan menerusi percubaan Nathan Redmond.

Bagaimanapun, Liverpool membalas menerusi jaringan Takumi Minamino sebelum memastikan kemenangan dalam separuh masa kedua apabila Matip menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke-67.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City di puncak liga, bermakna aksi akhir bertemu Wolves dan Aston Villa bakal menentukan destinasi gelaran takhta liga bagi musim 2021-22.


 

Advertisement

Must Watch Video