Manchester United mungkin perlu menunggu lebih lama untuk Lisandro Martinez kembali beraksi selepas Erik ten Hag mengesahkan pemain itu terlepas bertemu Burnley awal pagi tadi akibat kecederaan terbaru.
The Reds Devils menamatkan tiga rentetan kekalahan menerusi voli memukau Bruno Fernandes -- pemain tengah tersebut menyambut umpanan Jonny Evans dari jauh -- dalam babak pertama di Turf Moor untuk gol tunggal pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Di tengah-tengah krisis kecederaan, Evans yang mengikat kontrak singkat muncul jawapan untuk digandingkan di samping Victor Lindelof selepas Martinez yang melengkapkan 90 minit penuh kekalahan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Bayern Munich.
Bercakap kepada TNT Sports sebelum perlawanan, Ten Hag berkata: "Martinez dilanda kecederaan terbaru. Jadi dia berdepan masalah dan dia akan pulih. Tetapi, dia tetap memerlukan sedikit masa.
"Dia tidak bersedia. Kami hanya berurusan dengan pemain yang cergas. Jadi kami tidak menjadikannya sebagai satu isu.
"Dengan barisan yang kami ada, kami perlu menang."