Skip to main content

Bola Sepak

Lima pegawai kelab ESL letak jawatan dalam EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

premier-league.jpg
Lima pegawai eksekutif kelab berprofil tinggi telah meletakkan jawatan mereka dalam jawatankuasa Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan konflik Liga Super Eropah (ESL).

Stats Perform News difahamkan bahawa Naib Presiden Eksekutif Manchester United, Ed Woodward, dan Pengerusi Liverpool, Tom Werner, telah berundur daripada pasukan penasihat penyiaran kelab manakala pengurus Chelsea, Bruce Buck, pula mengundur diri daripada jawatankuasa audit dan imbuhan.

Ketua Eksekutif Arsenal, Vinai Venkatesham, dan rakan sejawatannya di Manchester City, Ferran Soriano, kedua-duanya telah meletakkan jawatan dalam kumpulan cadangan strategik kelab.

Gerakan itu berlaku hanya berselang 11 hari selepas kelab-kelab berkenaan dan Tottenham mengumumkan pada 18 April lalu bahawa mereka akan menyertai kejohanan ESL, yang berdepan cemuhan sebelum sempat diumumkan secara rasmi susulan kebocoran maklumat mengenainya beberapa jam sebelum itu.

Ia mencetuskan kemarahan kerana dengan dasar tertutup yang dicadangkan itu, enam pasukan terbesar EPL yang terlibat akan memperoleh kekayaan yang jauh meninggalkan pesaing lain dalam kejohanan domestik.

Dalam tempoh 48 jam, projek itu diambang kegagalan apabila kelab EPL yang terlibat memutuskan untuk menarik diri tetapi dengan menunjukkan bahawa mereka bersedia menyertai liga baru itu dan melakukannya tanpa berunding dengan pihak lain yang mungkin terjejas, kemarahan pasukan lain dalam liga domestik masih belum reda.

Terdapat tuntutan untuk kelab yang terlibat dikenakan denda atau hukuman secara kewangan tetapi ia kelihatan tidak akan berlaku.

Dengan kehilangan wakil eksekutif mereka dalam jawatankuasa EPL, berdasarkan tuntutan 14 kelab lain yang terjejas, pengaruh pasukan yang mahu menyertai ESL itu kelihatan sudah berkurangan buat masa ini.

EPL, bagaimanapun, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan peletakan jawatan itu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video