Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Zamsaham tidak akan jual Kelantan FC jika masih dapat sokongan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norizam-tukiman.jpg
Norizam Tukiman mungkin tidak akan menjual Kelantan FC sekiranya penyokong masih mahukannya menjadi pemilik kelab Pantai Timur itu.

Norizam, atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, menjelaskan pendiriannya itu sebagai menjawab soalan seorang penyokong di laman Facebooknya, yang mahu dia kekal menerajui Kelantan FC untuk tempoh semusim lagi.

"Kalau ramai masih mahukan saya 'lead', Insya-Allah saya takkan jual Kelantan FC," katanya.

Sebelum ini, isu penjualan Kelantan FC terus hangat diperkatakan dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman, dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif, menyatakan minat membeli kelab itu.

Proses perbincangan masih lagi berlangsung dan Zamsaham meminta kedua-dua mereka menunjukkan proof of fund (bukti dana) sebelum sebarang urusan jual beli pasukan diteruskan.

Kedua-dua pihak itu juga dilaporkan turut sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) bersama Zamsaham baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zamsaham turut mengesahkan tiada lagi tunggakan gaji selepas semuanya sudah dilunaskan minggu lepas.

"Gaji dah bayar minggu lepas. EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) pun bayar. Kalau rezeki saya lebih, tentu saya akan bayar tepat pada masanya. Saya tak mahu lewat-lewat sebenarnya," katanya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video